Friday, July 30, 2010

I'm Back


Hai senah. Alhamdullilah cik melor dah selamat melahirkan seorang puteri pada 20.7.10. Rasa macam lama kite menyepi. Rindu rindu betul kite kat Dunia CMelor lebih-lebih lagi dengan senah semua.  Terima kasih la pada yang bertanya khabar kite.

Emmmmm.... lama tak mengadap pc tumpul pula rasa ideal. Tak tahu apa nak di ceritakan. Apa-apa pun terima kasih la pada semua. Bye.


Thursday, July 1, 2010

Oh! Durian



Entah mengapa malas betul rasanya nak update blog. Mungkin pasal takde cerita best dan terbaru ini disebabkan melor sekarang ni jarang keluar rumah. Macam tajuk cite melayu tu " Rumah itu Duniaku". Gitu la melor rasa sekarang.

Semalam beli durian mahal tul regenya. Terkejut 'tuttt......' dibuatnya. Kaya la sapa yang ada kebun. Nak makan punya pasal beli jugak la takut kempunan. Dulu melor ni suka makan durian. Pa org kata hantu durian. Pagi2 breakfast melor sebiji durian yang baru gugur depan pintu dapur. Rumah kg melor da la pokok durian 2,3 btg jadi selalu dpt makan durian fresh. Duk kl ni semua kene beli la nampak ye.

Lepas tu melor buat pulut durian lak. yum.yum..... best tul. Tapi yang tak bestnya makan sorang2. Anak2 melor lebih suka makan durian mentah. Bukan pa kalau da teman tu makannya laju aje.