Wednesday, March 31, 2010

Lara Hati Seorang Aku


Di malam yang sepi
aku menanggis
sedu dan sayu tidak tertahan

air mata berlinang tak kurasakan
letih lesu seluruh badan
tidak ku menduga
engkau mungkir janji
cinta mu yang dikatakan suci

hanya ucapan manis
untuk memujuk hati
kini luka tak terubat lagi

lama nian kita nikmati
manisnya dalam lautan madu
berdendangkan lagu rindu
kasih sayang aku dan dia

jadi lah peristiwa
gerhana dalam hidup
tinggal kini aku kesepian

titis airmata akan jadi kenangan
inilah hati yang kau lukakan
kasih putus tiada lagi sambungan
cinta hanya jadi gurauan

Sunday, March 28, 2010

Happy Birthday Anak ku

Salam utk semua,
Hari ni merupakan hari lahir anak dara melor. Atas permintaan tuan yg empunya badan (birthday girl la katakan) melor membawa nya ke restoran yg dia mahu pergi. Tu belum gi hadiah yg diminta. Kempis poket melor, maklum le surirumah aje mana ada gaji. Pa nak buat anak2. Happy mereka happy lah kita. Awal2 lagi melor dah rancang nak tangkap gambar tuk kenangan di hari depan. Sambil2 tu nak test camera baru. Skali on je camera kluar api merah (warning) batery low lps tu terus padam. Alahai nasib x baik tul la tak dpt guna camera lak. Melor cakap gan kakak ok kita guna camera tipon blurr sikit tak pa janji nampak gambar. So nilah yg terakam . Mari kita tgk cerita bergambar ni.

1 - Dengan penuh keceriaan

2 - masih lagi mood gembira

3- dah ada unsur2 boring

4 - perasaan boring yang amat kerana pesanan lambat sampai


5 - tak menyempat terus belasah

6 - kek birthday ciput tapi kakak tetap happy cuma adik jealous

7 - adik merajuk sebab tak dapat potong kek

8 - adik tambah geram kakak dapat aiskrim sedap

Sunday, March 21, 2010

Seksi Tapi Masam

Salam tuk semua
Melor dah dapat pembantu baru sebagai ganti. Inilah pembantu baru melor. Seksi tak? Tapi kenapa lak muka ye masam? ooooO.... marah sebab diganggu ketika buat kerja.

Friday, March 19, 2010

Aksesori Dilarang

Salam tuk semua,
Melor pernah terbaca dlm 1 blog tentang isu "aksesori terlarang" dijual secara terbuka. Nak tulis pjg lebar melor tak pandai la. Maklum la sekolah cuma cukup2 buat cari mkn tuk idup je. Kalau nak tahu cerita lebih lanjut disini. Mcm2 cerita la skrg ni agak ye dunia dah nak kiamat. Di area perumahan melor da juga aksesori dilarang keras tuk di gunakan. Baca betul2 TER gan DI tu tau. Aksesori ni memang menjadi kegilaan melor, wanita seangkatan dan juga perompak2 yang memang xde hatiperut. Kerana aksesori ini jugalah ramai yg menjadi korban tanpa rela. Kerana aksesori ini juga lah area rumah melor dah tak selamat lagi. Dan kerana aksesori ini lah juga melor dah tak dpt nak menayang (perasan je lebih). Ya inilah aksesori dilarang keras bagi kaum wanita mengunakan ye termasuk la melor sendiri.

Maaf ni je gambar yg da. ( kegilaan ku ni)

Wednesday, March 17, 2010

Bibik Oh Bibik

Salam utk semua
Nasib x baik la melor hari ni. Orang sibuk gi bercuti n bergumira kita sibuk gan masalah. Kalau dah nama ye bibik suka hati dia je nak buat pa2. Melor baru merancang nak balik bercuti kekampung belum sempat pergi si bibik pula buat hal. Memang la dia da ckp nak berenti kerja tapi bukan serta merta cam tu. Biasa ye kalau kemana2 si bibik melor tinggal utk jaga rumah. Melor juga selalu tinggalkan anak2 dengan si bibik ni klu da hal kat luar. Nasib baik masa kejadian tu melor da kat rumah. Jadi anak2 selamat dari ditinggalkan tanpa pengawasan. Cuba teman2 bayangkan pa jadi dengan anak2 melor jika dia cabut masa melor xde kat rumah, Nauzubillah tak mahu melor fikirkan ye. So jadual harian melor sibuk la lepas ni sebab segala hal kena buat sendiri. Melor tak ambil penganti, takut la bila melor dengar n lihat mcm2 cerita pasal pembantu rumah ni.

Tuesday, March 16, 2010

Menu Tengahari

Salam utk semua
Menu tengahari melor sekeluarga hari ni simple aje. Inilah hasil masakan melor yang tidak pro di dapur. Bila masak mesti ada 3 lauk tak boleh kurang dan tak boleh lebih.Mesti cukup 3. Kena ada sayur @ ulam, kering dan basah. Nak jemput rasa tak boleh jadi melor jemput tengok, jom kita intai apa melor masak hari ni.



Thursday, March 11, 2010

Terpaksa Dan Memaksa

Salam tuk semua

Inilah kerja melor & the gang @ aktiviti tetap di waktu petang. Dengan keadaan dunia hari ini yang tak berapa nak selamat, maka terpaksa dan memaksa diri masing2 menjadi bodyguard bila anak2 keluar bermain sambil2 tu melor & the gang berborak la tentang apa saja yang berkaitan dengan dunia keibuan. Boleh hilangkan stress you tau. Klu tak caya cuba la. Jom la kita layan gambar anak2 melor & the gang main basikal.

Salah seorang ibu melayan anak2 minum teh tarik. Kawan melor punya teh tarik sedap youuuu.

Ini hero melor paling kecil dalam group tu. Belum pandai kayuh basikal.

Ini pula 4 anak dara yang suka kayuh basikal dengan gaya masing2.

Bapa penyayang. Cik husband kepada kekawan.