pages

22 December 2010

Tip Memudahkan Amalan Menabung

tip kewangangambar google

Salam semua... amalan menabung biarpun tampak mudah tetapi amat sukar untuk di realisasikan terutama kepada mereka yang boros. Tabungan amat penting bagi tujuan kecemasan dan bagi keperluan masa hadapan. Sebenarnya dalam memupuk amalan menabung, sikap diri sendiri adalah kunci utama. Antaranya ;

1. Jimatkan pengunaan elektrik
matikan semua suis elektrik sekiranya tidak digunakan.

2. Rancang perbelanjaan
buat senarai barangan yang hendak dibeli sebelum ke kedai. Beli ikut keperluan bukan ikut nafsu.

3. Berhenti merokok
amat sukar untuk berhenti merokok tapi kita boleh mencuba berhenti merokok dengan perlahan-lahan. Berhenti merokok bukan sahaja menjimatkan kewangan tapi juga menjamin kesihatan.

4. Bawa bekal
bekalkan anda dan anak-anak bekalan dari rumah. Lebih jimat dan menjamin kebersihan

5. Beriadah di rumah atau kawasan berdekatan
joging di sekitar perumahan atau tempat riadah yang disediakan secara percuma.

6. Cuci sendiri kenderaan
sekiranya pergi ke 'carwash' kira perlukan rm7-10 untuk sekali cuci kereta. Untuk berjimat apakata kita mencuci sendiri kereta.

7. kurang pengunaan kad kredit
pengunaan kad kredit secara tak terancang akan menambah beban hutang secara tak sedar.

8. Ubah tabiat makan di restoran mahal
cuba beralih kepada restoran dan gerai yang berharga lebih murah.

9. Kurangkan aktiviti hiburan
kalau yang suka mengunjungi pusat karaoke pada hujung minggu apakata sediakan set karaoke di rumah kerana ia lebih menjimatkan masa dan wang kita.

10 . Buat potongan melalui gaji bulanan
pemotongan gaji lebih bersifat praktikal kerana tak perlu fikirkan lagi pasal tabungan kerana dah dibuat secara automatik.


no 1 - ok sentiasa pastikan suis letrik di tutup
no 2 - ok selalu tulis senarai barangan nak beli
no 3 - ok sebab tak merokok
no 4 - ok boleh cuba
no 5 - ok selalu buat
no 6 - ok boleh buat
no 7 - ok memang tak pakai kad kredit
no 8 - ok boleh buat
no 9 - ok sebab tak karaoke
no 10 - agak susah la sebab melor tak ada gaji bulanan huwaaaaaa

* sumber harmoni

18 comments:

  1. entri bagus. kene baca ulang2 baru boleh melekat di kepala.

    kesimpulannya, saya boros. hihi

    ReplyDelete
  2. 1-ok
    2-ok
    3- n/a
    4- kadang-kadang bila sempat
    5- boleh difikirkan
    6- tak sempat !
    7- berjaya ! dah 5 bulan tak swipe..
    8- done !
    9 - xpernah.
    10- sudah pasti


    checklist yang bagus ni !.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah melor..

    suka baca entri ni tkasih berkongsi info.. :-)

    ReplyDelete
  4. Melor,
    orang takde gaji cam kita ni, susah sikit kot. Tapi kalau sapu rumah nampak duit 10 sen, 5 sen, masuk tabung juga. Lama-lama, banyak juga tu. :)

    ReplyDelete
  5. sy suka entri ni.. beri manfaat pada semua sempena tahun baru ni kn.. pengalaman sy alhamdulillah sepanjang setahun bekerja dapat juga simpan2 duit.. disiplin dan komitmen tu sgt penting utk menjayakan amalan penjimatan ni :)

    ReplyDelete
  6. Salam Melor,

    Bab menjimatkan letrik tu, agak berat. Dah tak larat jadi tukang jaga api (letrik). Apa pun sedang mencuba lagi.

    Tentang bawa bekal. Akak dah tak kerja.

    Terima kasih Melur, sudi berkongsi

    ReplyDelete
  7. asmlkm melor info yg amat berguna..

    ReplyDelete
  8. Kak Zai suka kutip duit syiling dalam poket,atas sofa,atas meja lepas tu simpan dalam tabung tapi bila dah penuh siadik selalu merayu grrr...

    ReplyDelete
  9. salam..
    menarik petua ni
    terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  10. gadis bunga
    kesimpulan saya pun boros ada je yg nak dibeli. salah satu azam tahun baru nanti"jimat dan berserdahana dalam sgala hal"

    ReplyDelete
  11. merah samar cottage
    sama2.kita kongsi apa yang baik ok

    ReplyDelete
  12. yati
    betul2 tu. melor dah lama amal mcm tu sedar2 dah penuh bekas.

    ReplyDelete
  13. cik fiza
    betul2. komitmen itu penting

    ReplyDelete
  14. kak rohani
    sama2. benda sikit kalau dibiar lama2 akan bertimbunkan.

    ReplyDelete
  15. zaitun
    melor pun slalu kutip duit masuk tabung lepas tu bila tabung penuh melor masuk akaun anak2 ikut giliran

    ReplyDelete
  16. mr zulkbo
    sama2. saja2 kongsi apa yg melor rasa menarik.

    ReplyDelete